CORAT CORET DAURAH YANG BERLANGSUNG PADA SABTU 9 JANUARI 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SURAU TAMAN RAKYAT JAYA
Saturday, January 9, 2010
SEHARI BERSAMA NAIB PRESEDIN US DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAM UKHUWAH,
JUMAAT 8 HB JANUARI 2010,DUNGUN, Alhamdulillah hari ini PAS Kawasan Dungun amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh seorang Naib Presedin PAS Pusat yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Jutaan terimakasih kepada Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kerana kunjungan yang amat bermakna ini.
Acara pertama kunjugan beliau adalah Motivasi Keluarga yang dianjurkan oleh Muslimat PAS Kawasan Dungun diadakan di Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin,Sura Gate.Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ceramah motivasi beliau yang menyentuh tentang akidah anak muda sekarang yang rosak.Beliau turut berkongsi mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang hangat diperkatakan sekarang.Motivasi beliau banyak menyentuh mengenai peranan ibubapa dalam mengamalkan islam yang sebenarnya dalam mendidik anak.
Kuliah Maghrib oleh Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula diadakan di Surau Taman Rakyat Jaya dalam DUN Rantau Abang.Dalam kuliah tersebut Ustaz telah banyak menyentuh tentang kepentingan politik islam.Bagaimana kuasa amat diperlukan dalam sesebuah negara bagi menjalankan amar makruf nahi mungkar.Isu penggunaan kalimah Allah juga turut disampaikan dengan memberi dalil dan hujah yang amat menarik sekali.Penggunaan nama Allah adalah amat baik tetapi bimbang akan orang islam sendiri yang keliru dan terpesong akibat jahil,ini yang amat dibimbangkan.

Lawatan ke Dungun dia diakhiri dengan Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Surau Wan Ahmad, Bukit Chatak 2 berssama dengan YDP PAS Kawasan yang juga ADUN Sura, Us Wan Hassan Mohd Ramli dan Us Wan Shukairi,Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu
Friday, January 8, 2010
USRAH PERDANA PEMUDA DUN 2010
SALAM UKHUWAH,
Alhamdulillah, satu Program Usrah Perdana peringkat Pemuda DUN Rantau Abang telah berjaya diadakan pada 5 Januari 2010 bersamaan 19 Muharam 1431.Program tersebut diadakan di Surau Che Lijah/Binjai.Naqib yang sepatutnya dikendalikan oleh Ketua Pemuda PAS kawasan Dungun, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan Naqib telah bertukar kepada Ketua Pemuda DUN sendiri yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiyak PAS kawasan Dungun.
Naqib telah membentangkan kertas kerja yang telah diturunkan dari peringkat Kawasan mengenai cici-ciri orang yang berjuang dalam menegakkan Islam .Beberapa pesanan dan saranan juga turut diperkatan kepada semua pemuda yang hadir bagi menghadapi PRU 13 yang akan datang.Beliau juga turut menegaskan kepentingan wala' dan siqah dalam perjuangan .
Program disudahi dengan jamuan sambil dihidangkan tayangan LCD oleh Penerangan MTD berkisar oleh peristiwa semasa dan petikan ucapan dari Wacan Perdana yang diadakan di Kota Bharu.
usrah on PhotoPeachusrah on PhotoPeach
Semoga usrah dapat diteruskan di peringkat cawangan masing-masing selepas ini dan semoga tahun 2010 ini, pemuda DUN Rantau Abang akan terus menjalankan program-program yang dapat menambat hati pebgundi muda di DUN Rantau Abang ini sendiri.

Kalimah Allah dan Syariat Allah
1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد
Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .
Surah al Ikhlas : 1-4
3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allahmestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .
4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :
و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد
dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .
Surah Maryam : 88 - 91
أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون
Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .
Surah Al An'am : 19
5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :
ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون
dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .
Surah al Ankabut : 61
Sekitar pemafahaman dari ayat ini :
a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]
b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .
c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]
d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?
e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .
6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .
7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .
8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?
9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .
10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara.Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar.Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak.
petikan dari blog us nasrudin hassan at tantawi
Monday, January 4, 2010
Manusia tidak gunakan akal, lebih teruk daripada haiwan - Tafsir surah al-An'am ayat 35-36

Ditulis oleh Presiden PASJumaat, 25 Disember 2009 10:18
Haiwan yang tidak berakal sentiasa tunduk kepada apa yang ditentukan oleh Allah ke atasnya tanpa sebarang pilihan lagi. Tetapi manusia khususnya yang mempunyai akal ada yang memilih selain perintah Allah untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.
Mereka menjadikan perintah hawa nafsu sebagai sekutu Allah dalam mengatur kehidupan di dunia. Mereka tidak menerima hidayah Allah lalu mereka menjadi manusia yang sesat dan pada hari akhirat kelak dihumbankan ke dalam neraka Allah SWT.
Allah berfirman yang bermaksud "oleh itu, janganlah kamu menjadi (salah seorang) dari orang-orang yang jahil." (Surah al-An'am :35)
Ertinya janganlah pula kamu terdiri daripada orang yang tidak mengetahui bahawa Allah boleh menentukan semua manusia menerima agama yang satu (Islam) jika Allah menghendaki-Nya (wahai Muhammad s.a.w). Tetapi Allah jadikan mereka tidak menerima hidayah kerana pilihan mereka sendiri bukan dipaksakan ke atas mereka sebagaimana dipaksakan ke atas haiwan yang tidak berakal menerima segala ketentuan Allah tanpa pilihan lagi.
Oleh itu janganlah engkau (hai Muhammad s.a.w) merasakan pembohongan dan penentangan orang-orang kafir terhadap kamu, suatu yang amat besar dan besar bagimu sehingga engkau meninggalkan dakwah dan perjuangan Islam.
Anggaplah semua itu suatu yang lumrah dan ujian yang mesti datang yang ditentukan oleh Allah ke atas setiap rasul-hai Muhammad. Anggaplah semua itu masalah biasa sahaja dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Yang penting ialah kamu sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,"Hanya orang-orang yang menyahut (seruan-MU itu) ialah orang yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran)." (Surah al-An'am:36)
Dalam ayat ini Allah SWT memperingatkan Nabi s.a.w bahawa janganlah baginda merasa berat hati dan terlalu sukar menghadapi penentangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah (orang-orang kafir) dan terhadap sikap mereka yang tidak mahu menyahut seruan dakwahnya, mengesakan Allah dan mengakui kenabiannya.
Ini kerana sesungguhnya tidaklah orang yang menyahut seruan dakwah Nabi s.a.w melainkan sesungguhnya Allah telah membuka pendengaran mereka untuk menerima kebenaran dan mempermudahkan mereka untuk mengikut jalan-Nya.
Inilah antara sifat yang ada pada orang yang beriman yang sentiasa mahu menerima kebenaran dan berada di atas jalan yang betul, tidak pernah menutup mata hati mereka untuk berbuat demikian.
Berlawanan sifatnya dengan mereka yang kafir, mereka tidak mahu mendengar dakwah Nabi s.a.w walaupun telinga mereka tidak pekak.
Mereka tidak mahu memahami apa yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi s.a.w sebagaimana binatang ternakan tidak memahami apa yang dicakapkan oleh pengembalanya walaupun ada telinga dan dapat mendengarnya.
Bahkan orang kafir itu lebih teruk lagi berbanding dengan haiwan tersebut dinisbahkan dengan akal fikiran yang dikurnia oleh Allah kepada mereka.
Mata hati mereka itu telah tertutup tidak dapat melihat dan tidak dapat menerima kebenaran. Mereka itu seolah-olah seperti orang mati, tidak dapat melihat, mendengar dan merasakan sesuatu dengan hati mereka. Oleh kerana hati mereka mati (tertutup dari menerima kebenaran), Allah sifatkan jasad mereka juga seolah-olah seperti orang mati dengan firman yang bermaksud," dan orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka semula." (Surah al-An'am :36)
Ahli tafsir berkata, orang-orang yang kafir akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama dengan orang-orang yang mati, yakni golongan yang memekakkan telinga, membutakan mata dan memetraikan hati mereka dari mendengar Islam dan menerima dakwah yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan para ulama di dunia dahulu.
Mereka dibangkitkan untuk menerima balasan yang setimpal dengan kekufuran mereka terhadap ayat-ayat Allah dan perintah Nabi-Nya s.a.w
Friday, January 1, 2010
PELANCARAN BLOG MTD RANTAU ABANG SECARA RASMI
SALAM UKHUWAH,
Jumaat - 1 hb Januari 2010/15 Muharam 1431 H, Alhamdulillah Blog MTD Rantau Abang akhirnya dirasmikan oleh Pengarah MTD sendiri iaitu Tuan Haji Alias Harun semasa mesyuarat MTD Rantau Abang pada petang tadi, seperti yang telah dijanjikan pada hari ini 01/01/2010.Semoga blog ini akan berada di persada alam maya ini dengan berita dan isu tempatan dan juga nasional.
Diharapkan juga agar blog ini menjadi medan untuk menyampaikan agenda PAS khususnya kepada pengundi di DUN Rantau Abang ini sendiri.Sebagai Parti yang memperjuangkan islam di Malaysia amnya dan Terengganu khususnya diharap blog ini akan menjadi satu agenda penerangan dan dakwah kepada semua.
Dalam majlis yang sama turut juga disampaikan sijil keahlian PAS yang baru kepada wakil cawangan masing-masing.Semoga mendapat sokongan dan dokongan daripada semua ahli terutamanya bagi memajukan blog ini di arena maya ini.
Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Pengarah DUN Tuan Haji Alias Harun yang sudi untuk melancarkan blog ini.
Wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)