Pages

Sunday, May 23, 2010

OPS AL-FALAH UPU BALAI BESAR, DUN RANTAU ABANG - (039/26/10)

Salam Ukhuwah,

Alhamdulillah Ops Al-Falah bagi MTD Rantau Abang telah berjaya diadakan pada 20,21 & 22 Mei 2010 yang lepas.

Sebanyak 3 Markaz ditetapkan bagi menjalankan Kempen Dan Daftar Pemilih secara Berstrategik ini.

Balai Besar,Taman PMINT Indah dan Jalan SMTIZ merupakan cawangan dalam operasi kali ini.

Ops Al-Falah ini merupakan siri kedua bagi DUN Rantau Abang dan akan diteruskan di UPU yang lain pula.

Sebahagian peristiwa yang berlaku yang sempat dirakam oleh kamera Penerangan MTD.






Markaz Satelit Satu Surau Ustaz Daud, Balai Besar













bersambung......


Friday, May 14, 2010

Batal Segera Lesen Judi Piala Dunia 2010

Oleh Ust Azman Shapawi Abdul Rani

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam. Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.
DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.


Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT