Pages

Tuesday, January 31, 2012

Menjelang PRU13 - dulu stadium runtuh, sekarang peralatan kena curi



KUALA TERENGGANU: Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lesap dipercayai dicuri. 

Sumber Berita dan Gambar - Berita Harian



















sumber gambar : berita harian

notasemut : nak salahkan siapa bila hal macam ni terjadi? kalau stadium ni berdiri megah dan dijaga rapi, confirm takde siapa nak mencuri. ini benda dah runtuh, lepas tu ditinggalkan macam sampah, memang seronok la pencuri tu kutip barang barang yang masih ada harga. kiranya pandai jugak la pencuri ni. yang bodoh siapa? ni projek siapa? berapa RATUS JUTA dah bazir? kenapa boleh runtuh? apa perkembangan siasatan? ada siapa siapa kena penjara tak? kenapa semua kes yang melibatkan RM beratus juta senyap sunyi? kenapa budak jual baucar buku 1malaysia tak sampai RM200 cepat polis ambil tindakan? kenapa bela lembu dalam kondo boleh pergi bercuti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

Wednesday, January 25, 2012

Sekat Bantuan Belajar Ugama; Umno Sekat kelahiran Ulamak

BuletinOnline

MEDIA INFORMASI TERKINI

DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu menyekat bantuan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengajian ugama adalah sebenarnya mahu menyekat kelahiran ulamak.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, ketiadaan ulamak akam menyebabkan rakyat jahil dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

“Apabila ulamak meninggal dunia, maka sedikit demi sedikit ilmu hilang dari masyarakat dan manusia menjadi jahil,“apabila masyarakat jahil kerana tiada ilmu, iman tdak ada (dan manusia) tidak takut kepada Allah SWT,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kampung Pak Sabah di sini, semalam, Selasa 24 Januari.

Menurutnya, pada ketika itu, manusia akan menganggap, tidak salah melakukan rasuah dan tidak apa melakukan zina.

Oleh kerana itu, beliau berkata, kerajaan Umno Terengganu cuba menyekat kelahiran ulamak dengan mengahalang para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di bidang ugama.

Beliau mengumpamakan tindakan Umno itu cuba mengeringkan punca air diempangan supaya air akan berhenti mengalir.

“Dia (Umno) nak mengeringkan punca air, apabila empangan kering dengan sndirinya air yang mengalir kering, inilah yang umno buat sekarang,

“bila dia tidak beri bantuan kepada orang (yang) mengaji ugama, yang mahu pergi (melanjutkan pelajaran) ke Yaman, Mesir, Jordan, dengan sendirinya ulamak akan berkurangan,”jelasnya.

Katanya, sifir Umno adalah, apabila ulamak berkurangan, rakyat akan menjadi jahil dan akan menentang Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata, ilmu-ilmu ugama turut menjadi semakin berkurang apabila ulamak tidak amanah dengan ilmunya.

Katanya, adalah satu perkara yang amat pelik apabila ada ulamak yang tidak amanah memberikan perakuan bahawa Menteri juga layak menerima wang zakat.

Sedangkan, kata beliau, perkara tersebut telah dijelaskan dalam zaman Syaidina Omar al-Khattab, mana-mana individu yang telah menerima wang daripada Baitul-Mal adalah haram nenerima zakat.

“Kalau dia sudah ada gaji, sudah ada elaun, maka zakat tidak boleh diberikan lagi,”katanya ketika mengulas isu Menteri Umno/BN yang menggunakan zakat untuk membiayai kos guaman.





Sunday, January 1, 2012

Hari Keluarga Pemuda Dun RANTAU ABANG

Sabtu, 31 Desember 2011.

Pemuda PAS dun Rantau Abang telah Berjaya mengadakan sambutan Hari Keluarga Pemuda 2011 bertempat di perkarangan Surau Kampung Baru, Kuala Abang. Program ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti bagi 2011. Sambutan kepada program ini adalah amat menggalakkan dan diluar jangka di mana ia turut dimeriahkan oleh mereka yang telah melepasi lingkungan umur pemuda. Seolah-olah cuaca yang kadang kala hujan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.

Pelabagai acara sukaneka telah dijalankan yang merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah “wood ball”, lumba basikal fixxie dan bowling padang. Selain acara sukaneka, kaunter khidmat berbekam sunnah turut disediakan sebagai khidmat kebajikan kepada penduduk setempat. Majlis penutup program telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar PASTI khariah Pulau Serai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Rantau Abang, Tn Hj Alias Harun di dalam ucapan penutupnya telah menekankan kesatuan yang ditunjukan di dalam menjayakan hari keluarga ini perlu diterjemahkan kepada perkara yang lebih besar iaitu kesatuan di dalam menegakkan “Daulah Islamiah’’ terutamanya di Terengganu. Beliau mengingatkan bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan di dalam kehidupan. Dimana pemimpin yang patuh kepada Islam pasti akan menjadi peminpin yang adil, bertanggungjawab dan beramanah.

Disamping hadiah-hadiah yang dimenangi melalui acara sukaneka dan cabutan bertuah, mereka yang hadir telah juga dijamu di dalam jamuan rakyat yang telah disediakan oleh ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru Kuala Abang. Rata-rata yang hadir gembira dengan perjalan program secara keseluruhan dan mengharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Akhirnya, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya ahlijawatankuasa Pemuda Dun, ahlijawatankuasa pemuda cawangan-cawangan, Unit Amal dun, Nisa' dun dan ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru selaku tuan rumah.