DUNGUN - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun telah berjaya menghapuskan halangan 'persepsi' dikalangan masyarakat Tionghua di kawasan ini yang selama ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada program-program yang dianjurkan oleh PAS.
Sehubungan itu, bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, Pengerusi Lajnah tersebut, Puan Serena Lim Abdullah berkata, seramai lebih 100 orang warga emas berketurunan Tionghua di dalam kawasan Dungun telah di ziarahi oleh Lajnah terbabit.
Beliau yang ditemui Buletinonline ketika menyampaikan sumbangan 'buah limau' dan 'ang pau' dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang berkata, program ziarah yang diadakan berjaya merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kaum.
Turut bersama Puan Serena (Gambar ; paling kiri) ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun (Gambar; paling kanan)
No comments:
Post a Comment