Pages

Monday, February 22, 2010

SUKANEKA KELUARGA UPU GONG PASIR

ASSALAMUALAIKUM

TAMAN RAKYAT JAYA,SABTU- Alhamdulillah ,Sukaneka PAS UPU Gong Pasir telah berjaya diadakan di Padang Permainan taman Rakyat Jaya.

Ustaz Azman Shapawi Abd Rani selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,turut hadir bagi meraikan masyarakat setempat .

Ustaz Azman Shapawi berkata, "beliau bangga kerana sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk sekitar UPU Gong Pasir dan mengharapkan agar PAS dapat mendekati masyarakat melalui program yang seumpama ini".
Beliau yang juga Penasihat PAS MTD Rantau Abang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukaneka yang terbahagi kepada tiga kategori.

Acara muslimin yang dijalankan adalah tendang bola gol kecil, lempar bola takraw ke dalam jaring dan hoki gol kecil.

Manakala acara muslimat adalah bowling kelapa, pancing botol dan tiup belon.
Acara kanak-kanak pula adalah bawa bola ping pong dalam sudu,lempar bola takraw dalam jaring dan tiup belon.
Manakala itu pula Pengarah MTD Rantau Abang Tuan Haji Alias Harun mengucapkan terimakasih kepada penduduk sekitar Taman Rakyat dan Gong Pasir yang turut hadir memeriahkan sukaneka tersebut.

Beliau mengharapkan agar PAS berjaya untuk menarik sokongan dengan usaha yang seumpama ini dimasa akan datang, ini kerana PAS adalah sebuah Parti yang mempejuangkan Islam dengan dakwah bukan semata-mata politik,tambahnya.

Sempena Ops Al-Falah ini juga Tuan Haji Alias Harun mengharapkan agar semua ahli di UPU memberi komitmen bagi menjayakan Kempen Berstrategik Daftar Pemilih bagi memantapkan jentera parti dalam PRU ke 13 yang akan datang.














Friday, February 19, 2010

OPS AL-FALAH UPU GONG PASIR

SALAM UKHUWAH,

Alhamdulillah Ops Al Falah (Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih dan Kempen Berstrategik) yang dijalankan selama 3 hari di UPU Gong Pasir telah masuk hari kedua.

Operasi ini menggabungkan seluruh jentera pilihan raya PAS dari semua Cawangan di seluruh DUN Rantau Abang.

Sebanyak 3 Markaz satelit diwujudkan bagi menjalankan usaha gerak gempur ini dan kempen di seluruh UPU Gong Pasir.

Seramai hampir 50 orang petugas terdiri daripada muslimat dan muslimin telah keluar untuk menjayakan Ops Al-Falah pada hari pertama semalam.

Semasa taklimat kepada petugas Tuan Haji Alias Harun, selaku Pengarah MTD Rantau Abang menegaskan bahawa tujuan utama operasi adalah bagi menambah pemilih baru,memberi perkhidmatan dan lain-lain.

"Sasaran kita adalah untuk pergi ke semua rumah yang telah dikenal pasti mengikut culaan awal daripada cawangan dalam UPU Gong Pasir, tambah Hj Alias lagi.


Ziarah terpilih kepada individu tertentu juga turut diadakan yang melibatkan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.




Wednesday, February 17, 2010

PERSIAPAN AKHIR OPS AL-FALAH KALI PERTAMA DUN RANTAU ABANG

SALAM UKHUWAH,



Persiapan akhir untuk program Ops Al-falah peringkat MTD Rantau Abang telah sampai kepada hujungnya sebelum tarikh 18hb hingga 20 hb Februari 2010 nanti.

Pengarah MTD Rantau Abang,Tuan Hj Alias Harun berkata sebanyak tiga
(3 )Markaz Satelit diwujudkan untuk Operasi kali ini.

UPU Gong Pasir yang menjadi "pilot" kepada UPU lain dalam DUN Rantau Abang telah menyusun berbagai program termasuk ziarah,sukaneka,ceramah umum,ceramah kelompok,kuliah maghrib dan subuh dan tidak ketinggalan tayangan LCD.

Pemuda Rantau Abang berperanan sebagai pengendali sukaneka dan jejak pemuda,tambahnya lagi.

Acara sukaneka terbahagi kepada tiga iaitu muslimin,muslimat dan acara kanak-kanak  akan diadakan di Taman Permainan Bersebelahan Surau Taman Rakyat Jaya.

Tiket cabutan bertuah akan diberikan kepada orang ramai yang hadir pada acara sukaneka tersebut,demikian sumber dari Pemuda DUN Rantau Abang,Saudara Tarmimi .

Semua cawangan dalam DUN Rantau Abang akan menjadi tenaga bantu kepada 3 markaz satelit yang diwujudkan tersebut terdiri daripada 21 cawangan kesemuanya.

Ketua Penerangan ,Saudara Shafie Agil memberitahu bahawa ceramah umum akan diadakan di Gong Pasir Kiri 2 berhampiran rumah ADUN Paka.

Ini akan memberi kesan kepada pengundi di sekitar kawasan tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ceramah akan membabitkan Ustaz Azman Shapawi Abd Rani selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli,ADUN Sura dan juga penceramah jemputan Us Khairul Ikhwan Zaki.

Dalam perjumpaan bersama petugas ,Tuan Haji Alias Harun mengharapkan objektif untuk mengadakan program Ops Al-Falah ini akan memberi semangat motivasi kepada petugas parti untuk menghadapi PRU ke 13 nanti.

Monday, February 15, 2010

Pesuruhjaya PAS Wilayah hilang sejak Khamis


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor(gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.
Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.
Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Saya hanya tahu apabila dimaklumkan pagi tadi bahawa keluarganya akan membuat laporan polis... beliau keluar rumah Khamis lalu dan tidak dapat dikesan sejak itu.
“Oleh itu, saya sudah meminta ahli-ahli Pemuda PAS supaya menggerakkan usaha mengesan beliau,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali yang menghadiri mesyuarat koperasi itu memberitahu Harakahdaily, Mohamad ada memaklumkannya mahu berjumpa dengan kawan beliau tengah malam selepas mesyuarat itu.
“Namun sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar Mohamad berada dalam keadaan selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.
“Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera,” katanya.
Dalam pada itu anak Mohamad, Umar berkata kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada malam Jumaat lalu.
Katanya, kira-kira pukul 8 pagi keesokan hari telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.
“Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah kami,” kata Umar.
Menurut Umar lagi, perkara ini tidak pernah berlaku ke atas ayahnya kerana beliau akan memaklumkan pergerakannya kepada keluarga mereka.

Sunday, February 14, 2010

Setiausaha Politik Ditahan Bersama Wang Tunai RM2j.....ha..ha....S/U Politik ada tunai RM 2 juta...Pak Menteri ada berapa yek..???

Dari web :- rakyat marhaen Ahad, 2010 Februari 14

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Thursday, February 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010

IKHLAS DARI MTD RANTAU ABANG
DEWAN HARIAN
AJK MTD RANTAU ABANG
PEMUDA RANTAU ABANG
MUSLIMAT RANTAU ABANG

 




PAS DUNGUN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA TIONGHUA

DUNGUN,Sempena Sambutan Tahun Baru Cina,Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,ADUN Sura,YB ustaz Wan Hassan Mohd Ramli,Pengarah MTD Rantau Abang,Hj Alias Harun, AJK PAS Kawasan Dungun dan AJK MTD Rantau Abang telah mengadakan ramah mesra warga Tionghua sekitar Bt 48 dan Bt 50 di sini.


Azman Shapawi Abd Rani sewaktu beramah mesra dengan kaum Tioghua menyatakan sokongan kaum Cina terhadap PAS semakin bertambah kerana banyak aktiviti membabitkan semua kaum sejak kebelakangan ini.



Sementara itu pula YB Wan Hassan  melahirkan perasaan gembira kerana rata - rata kaum Cina yang ditemui mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada beliau kerana usaha yang amat baik dalam merapatkan hubungan antara kaum ,yang juga YDP PAS Kawasan Dungun.



Turut hadir bagi meraikan kaum Tionghua ini adalah Ketua Muslimat MTD Rantau Abang yang juga merupakan Ketua Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun,iaitu Puan Serena Lim Abdullah

Hadir sebagai wakil kepada lajnah tersebut,  yang fasih berbahasa Cina turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kaum Cina di sini.

Sementara itu pula Tuan Haji Alias Harun,selaku Pengarah MTD Rantau Abang merasa amat terharu dan gembira dengan layanan masyarakat Cina sewaktu lawatan ke kediaman atau kedai mereka.

Untuk rekod dan maklumat Haji Alias Harun merupakan bekas seorang Guru yang cukup dikenali di kawasan DUN Rantau Abang ini dengan panggilan Cikgu Alias.