Saturday, January 1, 2011
MENYUSURI JALAN-JALAN DI KUALA TERENGGANU PADA MALAM TAHUN BARU 2011
KUALA TERENGGANU - Agenda kerajaan negeri tidak pernah berubah dan tidak mengubah apa-apa sketsa, perjalanan di sepanjang jalan-jalan bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada malam tahun baru 2011.Ya.... Terengganu negeri yang beriman, suatu nama yang begitu indah, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan semasa, gagal menghayati maksud sebagai negeri beriman.
Walaupun nampaknya, tidak ada agenda rasmi menyambut detik-detik bertukarnya tahun masehi, namun ketika lalu di Batu Burok Kuala Terengganu, kelihatan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang 'seolah-olah semakin tua semakin menjadi'.
Bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.
Ketika lalu dihadapan sebuah hotel di kawasan Tanjung Kuala Terengganu, barulah kelihatan seperti berada di bandaraya sebenarnya, mungkin sebaris dengan Kuala Lumpur atau bandaraya metropolitan lain...urgghh....!
Masih ramai lagi kaum entah apa yang perlu dipanggil kepada mereka 'khunsa atau pondan', bersama mempamerkan tubuh-tubuh sasa masing-masing, berlagak perempuan, menyambut tahun baru kononnya!
Sementara di persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Sultan Mizan di Bukit Tunggal (Gambar), membuktikan usaha kerajaan untuk membenteras Mat Rempit dengan berlogokan '1Malaysia' belum berhasil.
Malah beberapa pemuda dengan terang-terangan menyarung topi keledar 1Malaysia, pemberian Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, buat azimat kepada mereke untuk terus meluncur dengan laju.
Sementara, polis yang sama, yang bertugas menjaga lalulintas semasa Majlis Himpunan Remaja 18 Disember lalu, semalam sekitar jam 2.00 pagi, 1 Januari, 2011, bertukar menjadi musuh.
Dengan segala penat lelahnya, polis peronda terpaksa 'berambat' dengan Mat Rempit 1Malaysia yang mereka iringi dengan segala hormatnya ke Majlis tersebut dua minggu lalu, kononnya menjadi kebanggaan seluruh pemimpin Umno dan BN!
Thursday, December 30, 2010
Friday, December 3, 2010
MKini: 4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .
Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.
Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.
Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:
* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter
* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter
* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram
- Malaysia Kini
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu
Harakahdaily
TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?
Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.
Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.
“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.
“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.
"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.
Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.
“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.
"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.
"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.
Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.
Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.
“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.
"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.
Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.
“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.
“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?
"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.
Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)