Pages

Friday, May 14, 2010

Batal Segera Lesen Judi Piala Dunia 2010

Oleh Ust Azman Shapawi Abdul Rani

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam. Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang oleh ahli agama.
DPPP amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum meluluskan sesuatu lesen.


Disediakan oleh
UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Sunday, April 18, 2010

CATATAN PERJALANAN : PENAMAAN CALON P094 HULU SELANGOR

SALAM UKHUWAH,

Alhamdulillah, satu rombongan dari DUN Rantau Abang menaiki sebuah bas telah menyertai Penamaan Calon untuk PRK Parlimen -P094 Hulu Selangor.

Seramai 40 orang muslimin dan muslimat dan juga pemuda telah menyertai rombongan bas yang disewa oleh pihak MTD.

Rombongan telah mula berkumpul pada jam 10 malam 16hb April di hadapan stesyen bas express lama dan bertolak pada jam 1030 malam.

Rombongan juga telah turut disertai oleh Pengerusi MTD,Tuan Haji Alias Harun bersama isteri beliau.

Jamaluddin Ismail selaku penyelaras rombongan telah mengurus perjalanan dengan jayanya.Beliau sebagai bendahari MTD telah mengucapkan terimakasih kepada semua yang dapat menyertai rombongan tersebut.

Sebahagian photo yang sempat dirakam di bawah :-

Friday, April 2, 2010

Mari sama-sama Kita Ulangkaji 10 Rukun Bai'ah



1. Al-FAHM

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

2. AL-IKHLAS

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

3. AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

9. AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat
RUKUN BAI'AH