Pages

Thursday, February 11, 2010

PAS DUNGUN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA TIONGHUA

DUNGUN,Sempena Sambutan Tahun Baru Cina,Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,ADUN Sura,YB ustaz Wan Hassan Mohd Ramli,Pengarah MTD Rantau Abang,Hj Alias Harun, AJK PAS Kawasan Dungun dan AJK MTD Rantau Abang telah mengadakan ramah mesra warga Tionghua sekitar Bt 48 dan Bt 50 di sini.


Azman Shapawi Abd Rani sewaktu beramah mesra dengan kaum Tioghua menyatakan sokongan kaum Cina terhadap PAS semakin bertambah kerana banyak aktiviti membabitkan semua kaum sejak kebelakangan ini.



Sementara itu pula YB Wan Hassan  melahirkan perasaan gembira kerana rata - rata kaum Cina yang ditemui mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada beliau kerana usaha yang amat baik dalam merapatkan hubungan antara kaum ,yang juga YDP PAS Kawasan Dungun.



Turut hadir bagi meraikan kaum Tionghua ini adalah Ketua Muslimat MTD Rantau Abang yang juga merupakan Ketua Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun,iaitu Puan Serena Lim Abdullah

Hadir sebagai wakil kepada lajnah tersebut,  yang fasih berbahasa Cina turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kaum Cina di sini.

Sementara itu pula Tuan Haji Alias Harun,selaku Pengarah MTD Rantau Abang merasa amat terharu dan gembira dengan layanan masyarakat Cina sewaktu lawatan ke kediaman atau kedai mereka.

Untuk rekod dan maklumat Haji Alias Harun merupakan bekas seorang Guru yang cukup dikenali di kawasan DUN Rantau Abang ini dengan panggilan Cikgu Alias.

Tuesday, February 9, 2010

Islam didik umat hormati penganut agama lain


http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story6775418.asp
KUALA DUNGUN – :“Islam adalah agama yang adil kepada semua semua bangsa tanpa mengira agama dan keturunan,” demikian kata Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Pas Kawasan Dungun, Serena Lim Abdullah. 

Beliau yang juga Ketua Muslimah Pas Kawasan Rantau Abang berkata, tidak ada sebab kenapa Islam tidak boleh dijadikan cara hidup bagi semua masyarakat kerana ia adalah agama universal dan memberi keadilan kepada semua orang. 

Serena berkata, sekiranya Islam dimartabatkan dalam kehidupan umat manusia, penganut agama daripada bangsa lain masih boleh mengamalkan agama mereka kerana Islam tidak menghalang mereka berbuat demikian. 

Menurutnya, konsep Islam itu bersaudara sebenarnya amalan yang bersifat universal dan tidak terhad kepada penganutnya sahaja. 

“Umat Islam diajar menghormati hak penganut agama lain dan kita tidak boleh melakukan kerosakan serta sekatan mengamalkan ajaran masing-masing. 

“Malah, Islam juga mengajar kita supaya menjalinkan persaudaraan dengan mengamalkan budaya murni seperti tolong-menolong dan ziarah menziarahi,” katanya ketika mengadakan program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada masyarakat Tionghua dekat sini. 

Menurutnya, jika Islam diamalkan dengan cara betul dan mengikut panduan termaktub dalam kitab suci al-Quran serta Sunah, penganut agama lain juga akan turut merasai kesejahteraannya. 

“Perjuangan mendaulatkan Islam menjadi tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam, kepada mereka yang belum memahami konsep Islam, wajib kita memberitahunya. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT,” katanya.

TERKINI DARI MAHKAMAH JALAN DUTA

PERBICARAAN ANWAR DITANGGUH KE 930 PAGI ESOK

Monday, February 8, 2010

LANGSUNG DARI MAHKAMAH JALAN DUTA

KES ANWAR IBRAHIM DARI MAHKAMAH JALAN DUTA,KUALA LUMPUR


SILA KLIK COVER IT LIVE DIATAS  !!!!!!!

Sunday, February 7, 2010

SEMINAR KEWARTAWANAN ISLAM "MEDIA BARU"

KUALA TERENGGANU,6 FEBUARI 2010 - Seminar Kewartawanan Islam  kali pertama berjaya diadakan di Markaz Tarbiyah Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Ketua Penenerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.

Dengan membawa tema ' Media Baru ' seminar ini berjaya menarik penyertaan daripada hampir 30 peserta yang berminat dalam bidang kewartawanan ini.
Dalam  ucapan perasmian tersebut Us Nik Mohd Zawawi, telah memberi contoh bagaimana peranan wartawan dalam PRU ke-12 lepas dalam mencorakkan masyarakat dan sebagai kuasa penentu."Wartawan juga berperanan seperti sebuah kerajaan kedua yang boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan sesebuah negara",tambahnya lagi.

Pengerusi seminar,Dr Azman Ibrahim selaku Ketua Penerbitan PAS negeri telah menyatakan bahawa antara objektif seminar antara lain adalah untuk melahirkan pelapor berita daripada peringkat kawasan dan seluruh DUN di negeri Terengganu.
Ketua pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong semasa membentangkan kertas kerja 'Asas Penulisan Berita' mengharapkan agar peserta seminar akan turut menjadi agen kepada Harakahdaily dalam melaporkan berita khususnya berita Terengganu.Bengkel penulisan berita juga turut dikendalikan beliau bagi memberi kefahamn yang mendalam dalam penulisan berita yang berlainan seperti kemalangan,sukan dan politik.

Dalam tinjauan selepas program rata - rata peserta melahirkan rasa gembira mengikuti pembentangan daripada pembentang kertas kerja dan mengharapkan akan diadakan lebih kerap lagi.

Saudara Azman Kadir, 27, peserta daripada DUN Air Putih,Kemaman berkata banyak manfaat daripada seminar ini dan banyak perkara baru dalam bidang penulisan yang dapat dipelajari.Beliau juga mengharapkan agar maklumat seminar selepas ini akan disalurkan terus kepada pesrta yang terpilih supaya lebih berkesan dalam kehadiran.

Sementara itu pula peserta dari Dun Sura,Dungun, Tengku Mohd Faisal Tengku Ambak,35, berterimakasih kepada Penerangan BPPNT yang berjaya mengendalikan seminar ini.Banyak tip-tip yang beliau perolehi dalam membuat penulisan dan laporan berita di blog yang dikendalikannya.

Bagi memantapkan pembelajaran dalam bidang penulisan ini peserta telah diminta untuk membuat tugasan dengan melapor berita secara praktikal yang dikendalikan oleh wartawan Harakahdaily,Saudara Azmi Mohd Yusof.

Dalam tinjauan lain pula peserta dari Kawasan Dungun ,Saudara Saifuddin Abdul Rahman,45, menyatakan seminar ini bagus bagi pendedahan untuk melahirkan rasa minat dalam bidang kewartawanan ini.Beliau menambah seminar ini akan dapat diaplikasikan dalam melapor berita semasa samada tempatan atau nasional secara lebih berkesan lagi.

"Seminar anjuran Jabatan Penerangan PAS Terengganu ini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan lagi penulisan dan laporan berita" kata saudara Azmi Mohd Yusof selepasa mengakhiri  sessi latihan praktiikal.

Friday, February 5, 2010

Pembinaan Velodrom – Bukan Penduduk Kampung Yang Bantah Tetapi JKKK Umno




 Bukan Tapak Pasar Malam,   hanya sebuah Padang Bola
DUNGUN – Berpuluh Ribu wang rakyat telah hangus kerana ‘percakaran’ dikalangan pemimpin Umno dan orang bawahannya, dalam isu cadangan pembinaan Velodrom di kampong Sura Hujung di sini. Perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk membersihkan kawasan dan mendirikan kanopi bagi menyambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Cheek.
Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa dibatalkan kerana beliau mendakwa cadangan pembinaan Velodrom tersebut dibantah oleh penduduk kampung.

Tinjauan dan temubual Buletinonline dengan penduduk tempatan di lokasi dapat mengesan beberapa kenyataan yang diselewengkan oleh pemimpin Umno berkaitan kegagalan majlis pecah tanah yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu. 30 Januari lalu.

Sebenarnya, tidak ada bantahan atau demonstrasi oleh penduduk sekitar, namun pihak JKKK Sura Hujung telah menghantar surat, mengugut untuk ‘turun mengangkat sepanduk’ membantah projek tersebut sekiranya majlis pecah tanah diteruskan.

Dato’ Rosli Mat Hassan pula mendakwa cadangan pembinaan tersebut tidak dapat diteruskan kerana tapak yang dicadangkan adalah tapak sebuah pasar malam.

Ternyata ia dalah satu penipuan kerana, tapak yang dicadangkan bersebelahan Padang Golf Sura Hujung itu adalah sebuah padang bola!

Ikuti Rakaman Video dibawah;

Thursday, February 4, 2010

Jangan Lunturkan Nilai Wala'

petikan dari : - http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/02/jangan-lunturkan-nilai-wala.html
Cintailah Jamaah
Jangan Mengkhianatinya .

1. Antara prinsip keutuhan dan kekuatan berjamaah ialah perlaksanaan konsep al wala' yang betul dan benar .

2. Istilah al wala' memberi banyak erti dan nilai perlaksanaan ke arah membentuk sebuah Gerakan Islam yang mantap dan berwibawa .

3. Selain kesetiaan , kejujuran , tidak berlaku curang , tidak khianat terhadap jamaah serta kepimpinannya , al wala' juga meletakkan anggota dan pimpinan jamaah sedia akur terhadap dasar dan prinsip serta peraturan dan arahan jamaah . Dengar dan taat menjadi sebahagian daripadanya . [ bacaan lanjut boleh klik di PAS : Konsep al Wala' ]

4. Tanggapan al wala' akan menjadikan anggota jamaah terkongkong dan tidak bebas untuk memberi pandangan dan teguran terhadap pimpinan mereka , adalah satu tanggapan yang liar dan tidak berasas . Sebaliknya tanggapan itu lebih bersifat prejudis terhadap prinsip mulia ini . Ia dilihat sebagai satu percubaan untuk membebaskan diri dari ikatan al wala' bagi membolehkan ia bebas tanpa kawal , mengkritik jamaah dan pimpinan secara terbuka sekaligus melondehkan segala kelemahan dengan meng"atasnama"kan kebebasan bersuara dan hak individu [ peribadi ] dalam bertindak , menulis dan bersuara .

5. Al Wala' sebagaimana saya sebutkan diatas menjadi asas keutuhan berjamaah , justeru ia adalah manifestasi dari sebuah kesetiaan dan kejujuran berjuang dan berjamaah . Kesetiaan dan kejujuran ini pula membawa kita membina ukhuwwah fillah [persaudaraan berasaskan iman dan taat kepada Allah swt ] . Prinsip inilah menjadikan jamaah kita utuh dan sukar ditembusi oleh "peluru" musuh untuk memporakperandakan jamaah dari dalam .

6. Al Wala' bukan mengongkong anggota jamaah tetapi mengawal dan membentenginya agar kukuh dan kuat . Jika sesebuah organisasi biarpun apa dasar perjuangannya membebaskan diri dari kesetiaan dan kejujuran lalu membiarkan anggota bebas keluar dan masuk serta bebas pula mengkritik dan melondehkan kelemahan , saya yakin organisasi itu sedang menuju kehancuran dan kemusnahan .

7. Sewajarnya diinsafi bahawa :

a ] Kesilapan adalah untuk diperbetulkan ,
b ] Kelemahan adalah untuk diperbaiki dan
c ] Kekurangan adalah untuk ditampung
 .

Lantaran itu , Gerakan Islam seperti PAS sememangnya telah menyediakan saluran yang mencukupi untuk sebarang usaha

a ] memperbetulkan kesilapan ,
b ] memperbaiki kelemahan dan
c ] menampung segala kekurangan .

Ianya sayugia dilakukan oleh anggota dan pimpinan jamaah malah ia boleh dilakukan dalam prinsip al Wala' yang benar dan tepat tanpa perlu membebaskan diri dari ikatan al Wala' juga tidak perlu membuat satu usaha untuk memberi persepsi yang salah dan buruk terhadap konsep al Wala' .

8. Al Wala' tidak menghalang anggota untuk menegur pimpinan mereka demikian juga sebaliknya . Sebagaimana Al Wala' pula tidak membenarkan anggotanya mematuhi arahan pimpinan secara membabi buta sekalipun membabi celik . Apa yang dikehendaki dari al Wala' ialah bersedia untuk menegur pemimpin jika ia salah dan bercanggah tindakannya dengan syara' demi setia dan jujur kepada jamaah . [bukankah Islam mengajar tiada dengar dan taat kepada makhluk dalam perkara yang memaksiatkan khaliq - Allah swt ]

9. Namun ia tidak bermaksud merendah dan menjatuhkan kredebiliti juga maruah pimpinan dengan kritikan dan teguran yang tidak beradab serta terbuka kepada umum seperti sengaja mahu membina persepsi buruk dan negatif terhadap pimpinan agar mudah untuk diguling dan dijatuhkan kelak . Wal'iyazubillah .

Dalam kedudukan yang sama , dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak menyuruh ke arah melakukan maksiat dan mungkar adalah satu kewajipan dan amanah anggota terhadap kepimpinannya . [ bukankah Islam mengajar kita dengar dan taatlah kepada pimpinan sekalipun dalam perkara yang kita suka atau tidak suka .] bacaan lanjut boleh klik di Dengar dan Taat Arahan Pimpinan.

10. Prinsip tegur menegur , bina membina , nasihat menasihati dan kritik mengkritik adalah suatu yang sangat baik malah turut diajar oleh agama bahkan saya sangat setuju ianya dihidup suburkan dalam jamaah tetapi biarlah ia berlaku dalam suasana :

a ] Mahabbah fillah [ kasih sayang kerana Allah ] ,
b ] Ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] ,
c ] Al Wala' [ kesetiaan dan kejujuran terhadap jamaah ]