Tuesday, December 27, 2011
GUNTING RAMBUT PERDANA 2011 ANJURAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN
Tarikh : 30 Disember 2011
Masa : 8:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat : Perkarangan Belakang Restoran McD Dungun
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Jalan 2.17 km, tapi empat tahun tak siap-siap
MONDAY, 12 DECEMBER 2011 20:56 WARTAWAN BULETIN
BuletinOnline
MEDIA INFORMASI TERKINI
Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.
Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.
BuletinOnline
Menurut seorang peniaga Abdul Rahman b. Seni Mohamad meminta pihak bertanggungjawab menyiapkan Jalan Haji Zainal Abidin itu secepat yang mungkin.
Beliau yang telah berniaga selama disitu selama 24 tahun berkata, beliau menghadapi kerugian kerana para pelanggannya susah untuk meletakkan kenderaan kerana jalan yang tidak siap-siap itu.
"siapkan secepat mungkinlah, takkan nak begini sokmo (sentiasa), nak berniaga pun susah, dengan nak 'parking' (payah) tengok keadaan sekarang,"katanya sambil menunjukkan kearah jalan yang kelam kabut itu.
Abdul Rahman mempersoalkan, sampai bilakah pengguna jalan raya tersebut akan menghadapi keadaan yang berlarutan sekian lama itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly menempelak kerajaan Umno dan Barisan Nasional terengganu yang gagal menyiapkan jalan tersebut.
Katanya, beliau berasa malu dengan keadaan jalan yang hanya sepanjang 2.17 kilometer, tetapi sudah empat tahun dibina.
"(cuba) pergi ke Sura Gate (Jalan Haji Zainal Abidin), malu ke orang (malu kita kepada orang ramai).... berapa panjang (jarak jalan itu)?.......(jaraknya hanya) 2.17 kilometer, bukan 217 kilometer,
"berapa tahun buat? start (mula) pada tahun 2008, sekarang sudah hampir 2012, empat tahun tak siap lagi!,"katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Limbong, Paka dekat sini semalam, 12 Disember.
Menurutnya, sebelum dinaiktaraf jalan tersebut adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagii jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.
Tetapi apabila dinaitaraf, sudahah tidak siap-siap, beliau berkata, jalan tersebut berlubang-lubang dan 'hanyar' sekali.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, ada pihak yang memaklumkan bahawa jalan tersebut tidak mungkin siap.
Ia adalah kerana, menurutnya, kontraktor pembinaan jalan tersebut tidak lagi mendapat bekalan batu dari pihak pembekal akibat gagal menjelas hutang.
Oleh itu, beliau berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat, melainkan menukar kerajaan Umno dan menggantikannya dengan kerajaan PAS, bagi menyelesaikan pembinaan jalan tersebut.
"Baru-bru ini, orang beritahu (saya) tidak (akan_) siaplah jalan itu, kerana kuari tempat dia (kontraktor) ambil batu tu, dua tempat, tempat dia ambil batu sudah ditutup akaunnya (kerana) tidak bayar (hutang), bakal tak siaplah jalan itu,
"kena tukar kerajaan kalau jalan macam ini, baru boleh buat pula (semula),"jelasnya.
Wednesday, December 7, 2011
PASCA PRU 13.......................................
Bermakna bila-bila masa sahaja boleh berlaku Pilihanraya kerana tahun
1982 juga selepas 3 tahun 8 bulan, sementara tahun 1978 selepas 3 tahun 11 bulan dan 2008 pun selepas 3 tahun 11 bulan.
Pilihanraya diada selepas 5 tahun pemerintahan 1 kali, selepas 4 tahun 8 kali dan selepaas 3 tahun 3 kali, jumlah semua 12 kali. Tunggu BERSIH 3.0 bila Pak Samad nak umum untuk hadapi PRU13 jangan lambat sangat takut tak sempat???
Lihat Jadual Di bawah hari mengundi dan tempoh pemerintahan:-
Tahun. Hari Mengundi.. Memerintah
1959.... 19 Ogo 1959...... 4 Tahun
1964.... 25 Apr 1964....... 4 Tahun 7 Bulan
1969.... 10 Mei 1969....... 4 Tahun 11 Bulan
1974.... 24 Ogo 1974...... 5 Tahun 3 Bulan
1978.... 08 Jula 1978...... 3 Tahun 11 Bulan
1982.... 22 Apr 1982....... 3 Tahun 8 Bulan
1986.... 03 Ogo 1986...... 4 Tahun 4 Bulan
1990.... 20 Okt 1990....... 4 Tahun 2 Bulan
1995.... 24 Apr 1995....... 4 Tahun 6 Bulan
1999.... 29 Nov 1999....... 4 Tahun 6 Bulan
2004.... 21 Mac 2004...... 4 Tahun 4 Bulan
2008.... 08 Mac 2008...... 3 Tahun 11 Bulan
Sunday, December 4, 2011
Debat bukti sesat
Tarikh : December 2, 2011
DUNGUN – Naib Ketua Pemuda Pas, Azman Shapawi Abdul Rani mencabar Ketua Pemuda Umno Negeri, Saiful Bahari untuk berdebat secara ilmiah bagi membuktikan sama ada Pas merupakan sebuah parti ajaran sesat seperti yang didakwa pemimpin Umno itu ketika menyampaikan ucapannya sempena Perhimpunan Agung Umno di ibu negara malam kelmarin.
Azman berkata, beliau kesal dengan kenyataan dikeluarkan Saiful yang dianggap tidak berhemah itu dan tiada asas kukuh untuk membuktikan dakwaan yang dibuat.
Azman yang juga bekas calon Dun Rantau Abang berkata, sejak Pas ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, mana-mana pengikut Pas belum lagi dibuktikan sesat oleh institusi undang-undang di negara ini.
“Setakat ini belum ada individu yang mengikut perjuangan Pas didakwa atau dibuktikan sesat oleh mana-mana mahkamah di negara ini.
“Kebanyakan kes sesat melibatkan ajaran songsang seperti Ayah Pin dan sebagainya, jadi saya sedia berdebat secara ilmiah dengan Saiful bagi membuktikan dakwaan yang dibuat, kita lihat siapa yang benar dan siapa salah, biar rakyat yang menilainya,” katanya.
Azman berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Saiful dalam Perhimpunan Agung Umno yang mendakwa Pas adalah singkatan kepada parti ajaran sesat dan perjuangan parti berkenaan telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka.
Menurut Azman, jika Pas merupakan sebuah parti ajaran sesat, kenapa pada suatu ketika Umno pernah menghulurkan tangan persahabatan untuk mengadakan kerjasama dengan Pas.
Ini katanya, pemimpin Umno turut mengiktiraf perjuangan Pas yang pada masa yang sama turut membela Islam dan juga orang Melayu sebagaimana perjuangan Umno.