Pages

Monday, November 21, 2011

MESEJ TERSIRAT DARI ANGRY BIRDS

Dipetik dari web : sehebatsingaallah.blogspot.com
Artikel : Mesej Tarbiyah Dari Game Angry Bird

Note : kepada pemilik artikel, kesilapan "editing" harap maaf ..

jom kita pikir kisah-2 dan motif-2 penting (mungkin benar / mungkin salah) yang tersirat disebalik game Angry Bird..

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal. semuanya suka bermain game ini.

tidakkah anda pernah tertanya-tanya? Kenapa? Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. sedar x kita...

jawapannya sebab.... Angry Birds.... dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah.

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. segala-galanya untuk mencapai satu matlamat. menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan, maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak. diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu. kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. yang reti potong kayu pergi serang kayu. yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah. perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak. yang menarik kita ke api neraka

kenapa? sebab kita menyayangi saudara kita. sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam. malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)

sedarlah. pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan dikalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds. tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat. iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih. kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Monday, November 14, 2011

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011 oleh Pengarah MTD Rantau Abang

Tuan Haji Alias Harun
Pengarah MTD Rantau Abang
GONG PASIR, DUNGUN 13 November, Ahad - Menjelang peperiksaan SPM 2011 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang,Tuan Haji Alias Harun yang dikenali ramai dikalangan penduduk Dungun dengan panggilan mesra  "Cikgu Lias" dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, ujar beliau secara ringkas.

Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, demikian makluman oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober lalu.